Saturday 6 August 2011



politikbanjar - Bila di bulan puasa dan hampir pada 10 hari nak raya teringat zaman kanak-kanak dulu. Kalau 10 hari terakhir puasa, antara perkara wajib yg kami budak-budak kampong buat mestilah main meriam. Pantang bila lepas berbuka, mesti pekena seround dua baru pergi terawih. 


Masa tu belum lagi illegal main meriam ni. Aku salah seorang pakar buat meriam buluh, bukan sebab apa, pokok buluh yg boleh dibuat meriam ada kat tepi sungai kat hujung kebun getah kami. So, aku dan geng akulah yg kontrol pokok buluh ni. 


Aku ambik peluang buat bisnes jual meriam buluh. Aku jual RM 1.00 satu. Kat member aku jual 5 kupang (50 sen). Ini pun dah kira mahal sebab masa tu sekupang (10 sen) pun dah boleh beli nasi lemak bungkus besar. Ini aku kira macam politik la jugak, kroni kasi murah, org luar hantam laa..tapi politik aku itu tak ler beri mudarat sangat pada negara dan pemerintahan Tun Hussein Onn ketika itu.


Buat meriam buluh ni tak le susah. Buluh yg ada kat kampong aku jenis yg sesuai buat meriam. Buluh nya tebal dan besar. Bila dah tebang buluh, aku potong lah ikut saiz berapa panjang meriam aku nak buat. Yg sesuai tentulah bahagian pangkal sebab dia lagi solid dan tebal. Yg ni aku pakai sendiri. Yg sebelah tengah & hujung aku jual. Aku pakai parang panjang aje. Bila dah cukup berapa meriam aku nak, baru lah bawak balik. Susah jugak nak pergi kat tempat tu sebab ada banyak parit besar. Tempat dia semak dan banyak pacat. Kat situ pun ada banyak kubur lama orang dulu-dulu. Seram beb!


Bila sampai rumah baru aku refine dia punya potongan. Aku potong dengan gergaji bagi cantik. Lepas tu aku ikat buluh dengan dawai atau rotan so meriam tak bersepai kalau ditakdirkan dia pecah. 


Aku heran betul macamana budak-budak sekarang buat meriam sampai ada yg injured. Tentu depa tak kesah pasal safety pre-cautions. Buluh ni ada banyak ruas. Kalau nak pecahkan ruas dia, aku ambik batang besi dari kedai buat parang kat tepi rumah aku. Kat kampong aku ni ada Cina buat parang, sabit, cangkul, tajak, pisau dan lain-lain. Depa ni supply parang seluruh Malaysia. Apa yg aku nak boleh ambik aje dari kedai ni.


Bila dah siap semua ruas dipecahkan (tak le pecahkan semuanya, kena tinggal satu ruas untuk jadi base dia), aku kena tebuk pulak lubang tempat mencucuh meriam tu. Bukan boleh main balun aje kat mana nak korek. Kena buat culculation jugak. Kalau dekat sangat ngan base, bunyi tak kuat. Kalau jauh sangat nanti banyak pulak nak pakai karbaid baru gas cukup nak buat maksimum punya explosion. 


Yg elok antara 6 inci - sekaki dari base. Sebenarnya ada lagi sebab yg affect bunyi meriam ni. Buluh meriam kena lembap. Kalau buluh kering, bunyi dia hollow tak de power, 'ping!' Kalau buluh basah, bunyi dia power 'boomm!' Tak payah nak jadi sound engineer nak tau pasal benda-benda ni. Itu sebab meriam ni budak-budak dulu rendam dalam air sebelum atau selepas main.


Jumlah karbaid jugak penting. Kalau guna banyak karbaid dan air yg cukup, gas hidrogen dia pun banyak, so bunyi dia pun maksimum. Kalau guna sampai segenggam karbaid, silap haribulan satu round aje main dah pecah meriam tu. Aku rasa lah budak-budak sekarang tak tau pun apa dia karbaid. Karbaid (natrium carbide) ni rupa dia macam batu. 


Orang kampong guna buat peram buah-buahan (mempelam, pisang, cempedak dll). Ada jugak yg buat bahanapi untuk lampu especially guna kat pasar malam. Kat rumah orang jarang pakai lampu karbaid ni, takut meletup pulak nanti. Karbaid ni kalau campur dgn air dia keluar kan gas hidrogen.


Bila dah taruh karbaid dan air, lubang dia kena tutup ngan kain buruk. Ai ya! Tak kan dah lupa kot subjek kimia. Gas hidrogen ni kan gas yg paling ringan. Kalau tak tutup lubang, membazir karbaid aje. Dulu masa aku main, sekati karbaid harga dia 80 sen.


Syok bila teringat kisah lama. Banyak lagi meriam yg pernah aku main. Meriam tin susu (ni meriam untuk novis), meriam tanah, meriam pokok kelapa atau pokok getah. Besi paip ada jugak orang buat meriam tapi aku tak mau main benda yg aku tak boleh kontrol. Besi memang nampak solid tapi kita tak tau kuat atau tak. Kalau pecah alamat raya kat hospital. Kalau nasib tak baik, kojol. Lagi pun masa tu tak ada sapa kat kampong aku yg boleh celen meriam batang pokok getah aku.


Meriam Buluh !!
hohoho a very rare photo ever shot..exklusif untuk blog ABO, belum ada lagi orang yang ambik ni ( hehehehe ) so aksi ini dilarang utk di buat di rumah..mereka yg terlibat dalam gambar ini ada lah profesional (muhahahahahahaha) so PLEASE DONT TRY THIS AT HOME!!!



muka harus di tutup dgn topeng, takut kena tangkap hahaha



ok..nisbah air dan carbide sudah ngam..



biarkan seketika..



testing..



tukang tengok banyak lagi di belakang kamera hehehe..



final checking..jeng! jeng! jeng!



ready 6,5,4 rogers...!!



nampak tu asap di depan meriam..?? ..3,2,1 sssssssyy..



Bommmmm!! Seronok giler bik.momma gua bila tengok letupan hebat ni!



tukang bakar meriam, 20 tahun experience bab mencucuh..



letupan kedua..hehehe



double shot..



kurang air tu...