Saturday 23 July 2011

5 Jnis Wn1t@ yg x Disuka1 Laki2


Terdapat beberapa jenis wanita yang tidak disukai lelaki kerana dianggap menyusahkan mereka.Adakah kita tergolong dalam golongan @ jenis2 di bawah?

  1. Jenis Tuan Puteri - Gayanya seperti seorang puteri.Wanita seperti ini sangat manja,ego,suka disanjung dan dilayani. Mereka mahu hidup senang.Jika menghadapi kesusahan, mereka terus down. Mereka tidak tahan hidup susah.
  2. Jenis Paranoid - Wanita seperti ini sentiasa mencurigai pasangannya.Telefon bimbit pasangan akan sentiasa diperiksa,dompet akan dibongkar,selalu cemburu dan mungkin juga pasangan akan disoal siasat seperti polis menyiasat pencuri. Wanita seperti ini biasanya sangat posesif dan merasakan dia saja yang memiliki pasangannya.
  3. Jenis Pengeluh - Wanita seperti ini sangat lemah. Apabila ada sahaja masalah, dia akan menangis semahunya. Apalagi jika si lelaki membentaknya,pasti sahaja dia akan menangis seperti anak kecil kehilangan gula-gula. Ditambah pula dia lebih senang lelaki menyelesaikan masalah untuknya.
  4. Jenis Penyampai Radio - Kegemarannya adalah mengumpat dan memfitnah.Ada-ada sahaja karenahnya yang membuat lelaki @ wanita lain menggeleng-gelengkan kepala. Hidupnya menjadi sepi dan tidak berwarna jika tidak dapat memburuk-burukkan orang lain.
  5. Jenis Gunung Ais - Jenis wanita seperti ini biasanya susah diajak berbicara. Bibirnya jarang tersenyum. Susah untuk megajaknya bergurau senda apatah lagi menggodanya.

No comments:

Post a Comment